Taman Negara Gunung Mulu yang terletak di sebelah utara negeri Sarawak, merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia, khasnya di Sarawak.
Taman Negara Mulu merupakan salah satu kawasan batu kapur yang paling diselidik di dunia. Kawasan taman seluas 52,864-hektar mengandungi tujuh belas zon tumbuhan, menampilkan sekitar 3,500 spesies tumbuhan vaskular. Spesies palm di situ amat kaya dengan 109 spesies dari dua puluh genus telah dijumpai. Taman Negara ini dihiasi olehGunung Mulu yang merupakan gunung batu pasir setinggi 2,377 meter. Sekitar 295 km gua yang telah diterokai memberikan pemandangan yang menakjubkan dan turut merupakan gua kediaman kepada berjuta kelawar dan burung Layang-layang. Kamar Sarawak yang seluas 600 meter X 415 m dan setinggi 80 m, adalah kamar gua terbesar di seluruh dunia yang diketahui
Taman Negara Mulu turut memiliki bentuk geografi yang unik, yang terdiri daripada gua batu kapur, lingkaran air batu yang jernih serta dilitupi oleh hutan dara tropika, Taman Negara Mulu merupakan tempat yang bukan hanya sesuai untuk orang-orang yang inginkan ketenangan jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan bahkan juga amat sesuai bagi mereka yang menginginkan kegiatan yang lasak.
Taman Negara Mulu boleh dituju melalui pesawat dari Miri dan terus ke Taman Negara Mulu atau bagi mereka yang ingin merasakan kelainan dengan menggunakan jalan lain iaitu dengan menggunakan bot express dari Kuala Baram, Miri ke Marudi dan kemudian ke Taman Negara Mulu.
Pengalaman menjejakkan kaki ke Taman Negara Gunung Mulu ini merupakan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Di sinilah tempat dimana kita boleh melihat dan merasa keindahan alam yang sebenar. Percutian 3 hari 2 malam di Mulu sangat tidak mencukupi kerana masih banyak sudut alam yang belum sempat diterokai. Dalam pakej 3H2M ini, budget keseluruhan yang kita perlu sediakan ialah RM700 seorang. RM700 ni kalau kita pilih Royal Mulu Resort. Kalu kita pilih Benarat Lodge @ hostel lebih kurang RM500. Antara tempat yang kita sempat pergi ialah Perkampungan Penan, Gua Lang, Gua Rusa, Gua Air Jernih, Gua Angin dan Lady Cave. Suasana dalam setiap gua ini sangat berbeza dan mempunyai keunikan tersendiri.
Hari Pertama:
1. Bad Observation
2. Trekking to Lang Cave
3. Trekking to Deer Cave
Hari Kedua :
1. Lawatan ke Perkampungan Penan
2. Trekking to Wind Cave
3. Trekking to Clearwater Cave
4. Lady Cave
Antara hasil kraf yang dijual oleh suku kaum Penan di Mulu.
* Will come again for another trip.. :)
No comments:
Post a Comment