Thursday, 13 February 2014

Contoh Ringkas RPH Pemulihan Bahasa Melayu

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (PEMULIHAN)
GURU PELATIH                  :
TARIKH                                 :
MASA                                     : 1 jam
KELAS                                   : Tahun 3
BILANGAN MURID             :
NAMA
KUMPULAN A
KUMPULAN B
1.    Murid A
2.    Murid B
3.    Murid C
1.    Murid D
2.    Murid E
3.    Murid F
KEMAHIRAN
18.  Perkataan KV+KVKK
11.  Perkataan KV+KVK
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid berupaya:
i)    Membaca sekurang-kurangnya 5 daripada 6 perkataan KV+KVKK dengan betul
ii)   Menulis sekurang-kurangnya 4 ayat mudah yang mengandungi perkataan KV+KVKK dengan ejaan yang betul.
Pada akhir pengajaran, murid berupaya:
i)       Membaca sekurang-kurangnya 5 daripada 6 perkataan KV+KVK dengan betul
ii)   Menulis sekurang-kurangnya 5 daripada 6 perkataan KV+KVK dengan ejaan yang betul.
PENGETAHUAN SEDIA ADA
i.        Murid sudah pandai mengeja perkataan-perkataan mudah dan suku kata KVK dengan baik.
ii.       Murid dapat mengeja suku kata KV dengan baik.
i.    Murid pandai mengeja beberapa suku kata KVK.
ii.   Murid dapat mengeja suku kata KV dengan baik.
PENERAPAN NILAI
Keyakinan Diri
-       Murid diharapkan dapat menunjukkan sikap yakin diri semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran terutamanya ketika membaca pantun.
BAHAN BANTU MENGAJAR
i)        Slide Powerpoint
ii)       Kad Suku kata
iii)      Kad Gambar
PERKATAAN YANG TERDAPAT DALAM PANTUN
i.        burung
ii.       pulang
iii.      pisang
iv.     dulang
v.      senang
vi.     hilang
i.        bawah
ii.       pesan
iii.      nenek
iv.     dalam
v.      katak
vi.     badan
KBT
Memadankan
-       Murid memadankan suku kata yang sesuai bagi membentuk perkataan bermakna dengan ejaan yang betul.
SET INDUKSI
5 minit
1.    Guru dan murid menyanyikan lagu “Rasa Sayang” bersama-sama dengan iringan muzik.
2.    Guru membimbing murid membaca lirik lagu yang mempunyai pantun terlebih dahulu.

LANGKAH 1
20 minit
AKTIVITI BERKUMPULAN
i.     Guru menyediakan kad-kad suku kata KV dan KVKK kepada murid dengan jumlah yang banyak.
ii.    Guru meminta murid menggabung kad KV dengan KVKK bagi membentuk satu perkataan yang bermakna.
iii.   Gabungan suku kata hendaklah berpandukan kepada kad-kad yang telah disediakan dan dilakukan bersama-sama.
iv.  Murid bebas membentuk seberapa banyak perkataan KV+KVKK dalam tempoh masa yang ditetapkan.
INTERAKSI BERSAMA GURU
i.     Guru memberitahu murid mengenai pengajaran hari ini iaitu pantun.
ii.    Guru menjelaskan ciri asas pantun kepada murid iaitu rima akhirnya yang berpola. (Guru menekankan rima ab/ab)
iii.   Guru menayangkan beberapa rangkap pantun dengan menggunakan slide powerpoint.
iv.  Guru membimbing murid membaca pantun baris demi baris secara individu, pasangan kemudian secara berkumpulan.
v.   Guru memberi penekanan terhadap perkataan KV+KVK yang terdapat dalam pantun.
vi.  Setelah membimbing murid membaca pantun dari rangkap pertama hingga rangkap terakhir, guru meminta murid membaca tanpa bimbingan sama ada secara individu ataupun berpasangan.

LANGKAH 2
15 minit


INTERAKSI BERSAMA GURU
i.     Guru menjelaskan ciri asas pantun kepada murid iaitu rima akhirnya yang berpola. (Guru menekankan rima ab/ab)
ii.    Guru menayangkan beberapa rangkap pantun dengan menggunakan slide powerpoint.
iii.   Guru membimbing murid membaca pantun baris demi baris secara individu, pasangan kemudian secara berkumpulan.
iv.  Guru memberi penekanan terhadap perkataan KV+KVKK  yang terdapat dalam pantun.
v.   Setelah membimbing murid membaca pantun dari rangkap pertama hingga rangkap terakhir, guru meminta murid membaca tanpa bimbingan sama ada secara individu ataupun berpasangan.
AKTIVITI BERKUMPULAN
i.     Guru menyediakan beberapa keeping kad gambar dan kad suku kata KV dan KVK.
ii.    Murid hendaklah mengenal pasti objek dalam kad gambar kemudian cari kad-kad suku kata yang sesuai.
iii.   Murid hendaklah menggabungkan kad KV dengan kad KVK berpandukan kad gambar yang telah disediakan bagi membentuk perkataan bersesuaian dengan gambar.
iv.  Murid bebas membentuk perkataan berpandukan gambar dalam tempoh masa yang ditetapkan.


LANGKAH 3
15 minit
LATIHAN
i.     Guru menyediakan setiap murid dengan sekeping sampul surat dan sekeping lembaran kerja.
ii.    Setiap sampul mengandungi 4 baris ayat yang membentuk pantun.  Pantun dalam setiap sampul adalah berbeza.
iii.   Murid dikehendaki menyusun baris-baris ayat tersebut mengikut rima ab/ab bagi menghasilkan serangkap pantun yang lengkap.
iv.  Baris-baris ayat yang telah disusun hendaklah disalin semula ke dalam lembaran kerja yang telah disediakan.
LATIHAN
i.     Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi beberapa rangkap pantun.
ii.    Guru meminta murid menyenaraikan perkataan-perkataan KV+KVK yang terdapat dalam pantun.
iii.   Kemudian, bina rangkai kata menggunakan 5 daripada perkataan KV+KVK yang telah disenaraikan.
PENUTUP
5      minit
i.    Guru dan  murid membaca semula pantun-pantun yang telah dipelajari bersama-sama dengan sebutan dan intonasi yang betul.




Contoh Pantun Kanak-kanak

Burung kenek-kenek
Hinggap bawah batang
Apa pesan nenek
Cepat-cepat pulang

Durian atas titi
Pisang dalam dulang
Sukanya rasa hati
Abang sudah pulang

Burung Kakak Tua
Sarang celah batu
Badan sudah tua
Gigi hilang satu

Lompat si katak lompat
Lompat di air tenang
Pergi sekolah cermat
Emak bapa hati senang



LANGKAWI 2nd TRIP

Yeayyy…sekali lagi saya kembali ke Pulau Langkawi setelah lebih setahun ditinggalkan..huahuahuahua… My 1st trip was on March 2012 and I made it again on 28 Nov 2013. Percutian kali ini berdua jer. Is it a honeymoon trip or percutian biasa-biasa je?  Tapi dengan siapa erk??? Jeng jeng jeng………… Actually I made it with my sister. J Dengan sedikit keyakinan dan keberanian dari  pengalaman lepas, kami berjaya melalui percutian ini without man. It was an AWESOME sisters’ holiday trip.

Percutian ini telah dirancang dari awal tahun lagi. We tried our best to search for the cheapest flight tickets since March 2013. Finally, we found the cheapest among the expensive price. RM400 for 4 bounces was good enough.  MYY-KUL  on 28/11/13 (1st bounce), KUL-LGK on 29/11/13 (2nd bounce), LGK-KUL (3rd bounce) and KUL-MYY (4th bounce). Selesai dengan tiket penerbangan, sekarang kami kena saving untuk kos penginapan, makanan dll. Memandangkan percutian ini dilakukan masa musim cuti sekolah a.k.a Peak Season, kebarangkaian untuk mendapatkan tempat penginapan adalah sangat susah kerana Langkawi akan menjadi tumpuan ramai. So, kita kena book hotel/inn/motel seawal mungkin. Seiring dengan perkembangan teknologi sekarang, kita boleh book secara online jer.. Tak perlu susah-susah J

Kami menggunakan khidmat booking.com untuk mencari tempat tinggal yang sesuai. There a lot of choice and that depends on your budget and your preferred location. Setelah cari punya cari tempat yang sesuai, at last we choose BAIDURI PLACE. Its cost us RM160 per night.  Sebenarnya RM160 untuk semalam adalah mahal tapi apakan daya tempat penginapan yang kurang dari RM100 was fully booked. L

Tips: Anda bebas memilih penginapan sesuai dengan suasana yang anda suka. Jika anda suasana yang meriah dan dipenuhi dengan ramai pelancong (street life) penginapan di sekitar Pantai Cenang, Pantai Tengah adalah sangat sesuai. Kawasan ni juga dekat dengan tempat membeli belah seperti The Zone Duty-Free Shopping Complex. Boleh jalan kaki jer.

Jika anda jenis yang suka ketenangan/tempat yang sunyi/suasana romantic (sesuai untuk lokasi honeymoon) J penginapan sekitar Pantai Kok, Tanjung Rhu dan Datai Bay adalah sangat sesuai. Lokasi-lokasi ini menempatkan hotel-hotel mahal jer. Tak da budget hotel di kawasan ni.  

Tips:  Better booked by phone calls. Online booking will cost you more expensive.  ~based on my experiences ~

Hari Pertama

Kami tiba di Langkawi lebih kurang jam 9.30 pagi. Its took about 45 mins from KL by plane. Memandangkan kami tiba sebelum masa check-in, kami rancang nak pergi round2 dulu. Agak senang untuk bersiar-siar because we were backpackers tambahan lagi Langkawi street is easy to explore. Sementara menunggu masa untuk check-in, kami mencari kereta untuk disewa. Khidmat kenderaan sewa di sini sangat mudah diperoleh kerana ofis /agen kenderaan sewa berdaftar boleh didapati di tep-tepi jalan utama. Of coz they will asked for your driving lisence. Kurang dari 30 minit kami berjaya mendapatkan khidmat kereta yang dikehendaki. What about the price then? Kami kena bayar RM80 for every 24 hours. RM80 adalah pilihan yang paling murah untuk kami kerana RM70/RM60/RM50 was fully booked. 


Setelah settle dengan urusan kereta sewa, tempat pertama yang dikunjungi ialah Dataran Lang (Eagle Square) yang bertempat di Jetti Kuah. It took me about 15 -25 minutes from Pantai Cenang by car. Disinilah terletaknya monument burung helang terbesar dan tempat ni wajib dikunjungi sebagai bukti anda telah menjejak kaki di tanah Langkawi.hahahahahaha




Setelah snapping2 di sini, kami kembali ke Pantai Cenang untuk check-in. Inilah bilik sementara kami di Langkawi.
Sampai di bilik, kami berehat sebentar dan take time untuk pengurusan diri. Kira-kira jam 2 petang kami out again and we were heading to Langkawi Oriental Village.



Kalau ikut perancangan, kami nak naik Cable Car tapi it was temporarily closed due to bad weather. But it’s not the end of the world because there another activities to do. So, we decided to have a Duck Tour ride. Its cost us RM38 per person. Walau apapun, RM38 sangat berbaloi sebab dia bawa round2 sekitar Pantai Kok dan kita berpeluang melihat kapal-kapal mewah dari jarak dekat. The rides took about 45 minutes.



Balik-balik jer dari Dark Tour ride, kami terus ke tempat penginapan kerana hari dah semakin gelap. Kami kembali ke hotel untuk menyegarkan diri kemudian keluar lagi untuk mencari makan. Tempat makan sangat mudah didapati di sini dengan harga yang berpatutan.
Setelah  mengisi perut, we explore the town and enjoy the night life of Langkawi along the street.  It was AMAZING and ENJOYFUL.

Hari Kedua
On this second day, we were ready  for Island Hopping. Van datang jemput di hotel dalam jam 9 pagi. So, kena siap-siap dengan pengurusan diri dan sarapan pagi sebelum van sampai. Oppss, terlupa nak bagitau. Macam mana dapat tiket untuk Island Hopping erk? Senang jer.. Tiket-tiket dijual di kedai-kedai tepi jalan sepanjang Pantai Cenang street dan di airport cuma harga berbeza-beza. Kami dapat harga RM30 seorang dan kami diberitahu bahawa terdapat juga tiket yang bernilai RM25. Lain kaunter lain harga.
Tiba di jeti, kami menunggu bot untuk membawa kami ke pulau-pulau yang terdapat dalam pakej.  Firstly, kami dibawa ke Pulau Dayang Bunting. 



Setelah menghabiskan masa selama 30 – 60 minit di pulau ini. Kami meneruskan hari kami dengan aktiviti Eagle Feeding kemudian terus ke Pulau Beras Basah. Di pulau ni, aktiviti yang paling popular ialah mandi-manda dan sun bathing.



Setelah menghabiskan setengah hari dengan aktiviti Island Hopping ini, kami pun pulang ke hotel dan take a short time to rest.

Oleh kerana tidak berkesempatan naik cable car kelmarin, kami pergi ke Oriental Village sekali lagi. Setelah membeli tiket, kami perlu berbaris lebih kurang 1 jam untuk menunggu giliran naik kereta kabel. Sambil berbaris menunggu giliran, sempat juga berkenalan dengan pelancong-pelancong lain. 




Setelah turun dari cable car, kami explore kawasan Oriental Village pula. Terdapat banyak pakaian dan cenderamata dijual disini.

Suasana sekitar Oriental Village.


Penerokaan hari ini diteruskan dengan perjalanan ke Pasar Malam Pekan Rabu and hang out with some new friends.

Hari Ketiga
Mulakan penerokaan dengan nasi lemak. 



 Hari ini diteruskan dengan penerokaan ke dunia bawah air (Underwater World) dengan bayaran RM28 seorang.  Before leaving this amazing island, we decided to have our spa time to gain back the energy.
At 2:30pm, we were heading to airport because we going to bounce for our next vacation place.  BYE..

Sunday, 20 October 2013

PENGGUNAAN SET MOZEK HURUF UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBENTUK PERKATAAN DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN


PENGGUNAAN SET MOZEK HURUF UNTUK MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MEMBENTUK PERKATAAN DALAM
KALANGAN MURID PEMULIHAN



NANCY SARAH MICHAEL1
SELVARAJ A/L GRAPRAGASEM2


ABSTRTAK

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran membaca dan mengeja dalam kalangan murid pemulihan. Kajian ini dijalankan ke atas dua orang murid pemulihan dalam lingkungan umur 9 tahun. Peserta kajian ini mempunyai masalah dalam kemahiran membaca dan mengeja. Oleh itu, Set Mozek Huruf diperkenalkan untuk membantu murid menguasai kemahiran mengeja sekaligus dapat mengesan tahap penguasaan murid dalam kemahiran yang sama. Murid diberi kebebasan untuk membentuk sebarang perkataan bermakna berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Sepanjang kajian ini dilaksanakan, data kajian dikumpul melalui kaedah pemerhatian, jurnal dan ujian penilaian.

ABSTRACT
This study is conducted with the aim to help remedial students to improve their skills in reading and spelling. The study is carried out on two remedial students who are 9 years old and having problems in reading and spelling words. Mosaic set of letters is used to track students’ proficiency level in forming and spelling words. Students are given the freedom to form any words based on their existing knowledge. Data were collected through observation, journal and test evaluation.


PENDAHULUAN

Pendidikan ialah penyumbang utama  kepada pembangunan modal sosial dan ekonomi negara. Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan. Justeru, pendidik memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid  mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan terutamanya kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.  Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, setiap kanak-kanak di Malaysia tanpa mengira taraf ekonomi, etnik atau latar belakang berhak mendapat pendidikan berkualiti bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing.  Melalui konteks ini, penekanan tidak hanya terbatas kepada kanak-kanak normal sahaja malah turut merangkumi kanak-kanak yang menghadapi kesulitan dalam pembelajaran seperti kanak-kanak pemulihan. Kanak-kanak pemulihan perlu diasuh dengan menggunakan strategi serta kaedah pengajaran yang istimewa dan berkesan.


FOKUS KAJIAN

Kajian yang telah dijalankan ini adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid dalam  membentuk perkataan. Saya telah  menggunakan set mozek huruf sebagai bahan bantu mengajar yang bertujuan untuk memberi motivasi kepada murid untuk membina perkataan dengan menggabungkan mozek-mozek huruf. Penggunaan bahan ini melibatkan pendekatan kinestetik iaitu murid akan memilih serta menyusun sendiri mozek-mozek huruf bagi membentuk perkataan bermakna.


OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah seperti berikut :
i)                    Meninjau penggunaan Set Mozek Huruf sebagai satu strategi untuk membantu muris pemulihan menguasai kemahiran mengeja perkataan.
ii)                  Mengesan perkembangan murid dalam kemahiran membentuk perkataan setelah menggunakan Set Mozek Huruf.


PERSOALAN KAJIAN

Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:
i)                    Adakah penggunaan set mozek huruf sesuai digunakan untuk membantu murid pemulihan menguasai kemahiran membentuk perkataan?
ii)                  Apakah perkembangan yang dikesan dalam kalangan murid setelah menggunakan Set Mozek Huruf?


TINJAUAN LITERATUR

Hilary Awan (2005), dalam kajiannya mengatakan bahawa murid yang mengalami masalah dalam menguasai kemahiran membaca perlu diberi latih tubi bertulis dan bacaan. Mereka dimulakan dengan suku kata asas a, e, i, o, u dan seterusnya huruf-huruf konsonan. Seterusnya, mereka dilatih dan diajar membunyikan suku kata yang dicantumkan iaitu dua suku kata. Setelah memastikan mereka dapat membunyikan setiap suku kata dengan baik, baharulah mereka didedahkan dengan ayat mudah.
Aspalaia dan Maslinda (2006) dipetik oleh Kiu Su Na (2012) mengatakan murid diajar menggunakan bahan bantu mengajar seperti kad perkataan KVK, kad perkataan KV+KVK, kad ayat gabungan pelbagai suku kata dan petikan ayat yang mudah berjaya meningkatkan penguasaan mengeja dan membaca murid. Manakala dalam satu kajian lain, Aspalaia dan Maslinda (2008) mendapati bahawa pengajaran secara berperingkat berjaya meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid pra sekolah. 
Menurut Denis Hayes dalam buku Inspiring Primary Teaching (2006), menyatakan,

“A wide variety of functions have been attributed to play (e.g., Saracho & Spodek, 1998). Classical theories of play saw it as a means of exercising skills that will be required later in life …play  is an instinctive way of acquiring and rehearsing future skills. “

Berdasarkan kenyataan di atas, kaedah bermain adalah sangat penting kerana ia merupakan latihan asas dalam kehidupan sebenar dan  ia merupakan cara untuk meningkatkan kemahiran murid dalam pelbagai aspek. Hal ini demikian kerana, melalui permainan murid dapat meningkatkan kemahiran berfikir.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Steinberg dan Yamada (dalam Steinberg, 1982), dipetik oleh Zulkifley (2006) menunjukkan bahawa kanak-kanak yang belajar membaca dengan menggunakan tulisan kanji (bermakna) dapat membaca dengan lebih cepat daripada kanak-kanak yang membaca dengan menggunakan tulisan kana (tidak bermakna).
Menurut Zulkifley (2006:149),dipetik oleh Kiu Su Na (2012) menyatakan bahawa kaedah perkataan tidak memulakan pengajaran dengan memperkenalkan lambang-lambang huruf yang tidak bermakna tetapi dimulakan dengan memperkenalkan perkataan-perkataan yang bermakna. Cara ini dilakukan untuk menyuburkan minat murid untuk membaca. Guru akan menyediakan gambar-gambar seperti bola, meja, kaki dan sebagainya. Gambar-gambar ini kemudian dilabelkan. Guru akan membunyikan perkataan yang tertulis di bawah gambar dan murid disuruh menyebut perkataan sambil mengenal gambarnya. Setelah kanak-kanak dapat membina senarai perkataan yang agak banyak, barulah pencerakinan kepada suku kata dilakukan kemudian kepada huruf-huruf yang membentuk suku kata tersebut.
Menurut Thomas Keenan dalam buku An Introduction to Child Development menyatakan,
“When we communicate successfully...we need to be able to produce the sounds that make up a language and convey meanings...we need to know what the words of language mean…”

Berdasarkan kenyataan yang dikemukakan oleh Thomas Keenan (2006), saya  merumuskan bahawa keupayaan seseorang bertutur dengan baik dipengaruhi oleh penguasaan kosa kata atau perbendaharaan kata individu tersebut. Oleh itu, penguasaan kosa kata adalah aspek yang penting diterapkan dalam diri kanak-kanak. Penguasaan yang baik akan membantu mempermudahkan pemahaman murid dalam pembelajaran.




RUJUKAN
Denis Hayes. (2006). Inspiring Primary Teaching: Straight Into Excellent Primary Practice. United Kingdom : Learning Matters Ltd.
Hilary Awan. (2005). Bacalah Sayang. Koleksi Laporan Penyelidikan Tindakan Tahun 2005. Sekolah Kebangsaan Tebakang, Sarawak
Kiu Su Na (2012). Meningkatkan Kemahiran Membaca Ayat-Ayat Yang Mengandungi Perkataan Gabungan Dua Suku Kata Terbuka (KV+KV) Melalui Bacaan Bergred. Buku Kajian Tindakan Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak.
Thomas Keenan. (2006). An Introduction to Children Development. London : SAGE Publications Ltd.
Zulkifley Hamid (2006). Aplikasi Psikolinguistik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Selangor : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.



Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak