RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN (PEMULIHAN)
GURU
PELATIH :
TARIKH :
MASA : 1 jam
KELAS : Tahun 3
BILANGAN
MURID :
|
NAMA
|
KUMPULAN A
|
KUMPULAN B
|
|
1. Murid
A
2. Murid
B
3. Murid
C
|
1. Murid
D
2. Murid
E
3. Murid
F
|
|
|
KEMAHIRAN
|
18. Perkataan KV+KVKK
|
11. Perkataan KV+KVK
|
|
OBJEKTIF
|
Pada akhir pengajaran, murid
berupaya:
i)
Membaca
sekurang-kurangnya 5 daripada 6
perkataan KV+KVKK dengan betul
ii)
Menulis
sekurang-kurangnya 4 ayat mudah yang mengandungi perkataan KV+KVKK dengan
ejaan yang betul.
|
Pada akhir pengajaran, murid
berupaya:
i)
Membaca
sekurang-kurangnya 5 daripada 6
perkataan KV+KVK dengan betul
ii)
Menulis
sekurang-kurangnya 5 daripada 6 perkataan KV+KVK dengan ejaan yang betul.
|
|
PENGETAHUAN
SEDIA ADA
|
i.
Murid sudah pandai mengeja perkataan-perkataan mudah
dan suku kata KVK dengan baik.
ii. Murid
dapat mengeja suku kata KV dengan baik.
|
i. Murid
pandai mengeja beberapa suku kata KVK.
ii. Murid
dapat mengeja suku kata KV dengan baik.
|
|
PENERAPAN NILAI
|
Keyakinan Diri
- Murid
diharapkan dapat menunjukkan sikap yakin diri semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran terutamanya ketika membaca pantun.
|
|
|
BAHAN
BANTU MENGAJAR
|
i)
Slide Powerpoint
ii)
Kad Suku kata
iii)
Kad Gambar
|
|
|
PERKATAAN
YANG TERDAPAT DALAM PANTUN
|
i.
burung
ii. pulang
iii. pisang
iv. dulang
v. senang
vi. hilang
|
i.
bawah
ii. pesan
iii. nenek
iv. dalam
v. katak
vi. badan
|
|
KBT
|
Memadankan
- Murid
memadankan suku kata yang sesuai bagi membentuk perkataan bermakna dengan
ejaan yang betul.
|
|
|
SET
INDUKSI
5
minit
|
1.
Guru dan murid
menyanyikan lagu “Rasa Sayang” bersama-sama dengan iringan muzik.
2.
Guru membimbing
murid membaca lirik lagu yang mempunyai pantun terlebih dahulu.
|
|
|
LANGKAH
1
20
minit
|
AKTIVITI
BERKUMPULAN
i. Guru
menyediakan kad-kad suku kata KV dan KVKK kepada murid dengan jumlah yang
banyak.
ii. Guru
meminta murid menggabung kad KV dengan KVKK bagi membentuk satu perkataan
yang bermakna.
iii. Gabungan
suku kata hendaklah berpandukan kepada kad-kad yang telah disediakan dan
dilakukan bersama-sama.
iv. Murid
bebas membentuk seberapa banyak perkataan KV+KVKK dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
|
INTERAKSI
BERSAMA GURU
i. Guru
memberitahu murid mengenai pengajaran hari ini iaitu pantun.
ii. Guru
menjelaskan ciri asas pantun kepada murid iaitu rima akhirnya yang berpola.
(Guru menekankan rima ab/ab)
iii. Guru
menayangkan beberapa rangkap pantun dengan menggunakan slide powerpoint.
iv. Guru
membimbing murid membaca pantun baris demi baris secara individu, pasangan
kemudian secara berkumpulan.
v. Guru
memberi penekanan terhadap perkataan KV+KVK yang terdapat dalam pantun.
vi. Setelah
membimbing murid membaca pantun dari rangkap pertama hingga rangkap terakhir,
guru meminta murid membaca tanpa bimbingan sama ada secara individu ataupun
berpasangan.
|
|
LANGKAH 2
15 minit
|
INTERAKSI BERSAMA GURU
i. Guru
menjelaskan ciri asas pantun kepada murid iaitu rima akhirnya yang berpola.
(Guru menekankan rima ab/ab)
ii. Guru
menayangkan beberapa rangkap pantun dengan menggunakan slide powerpoint.
iii. Guru
membimbing murid membaca pantun baris demi baris secara individu, pasangan
kemudian secara berkumpulan.
iv. Guru
memberi penekanan terhadap perkataan KV+KVKK yang terdapat dalam pantun.
v. Setelah
membimbing murid membaca pantun dari rangkap pertama hingga rangkap terakhir,
guru meminta murid membaca tanpa bimbingan sama ada secara individu ataupun
berpasangan.
|
AKTIVITI BERKUMPULAN
i.
Guru menyediakan
beberapa keeping kad gambar dan kad suku kata KV dan KVK.
ii.
Murid hendaklah
mengenal pasti objek dalam kad gambar kemudian cari kad-kad suku kata yang
sesuai.
iii.
Murid hendaklah
menggabungkan kad KV dengan kad KVK berpandukan kad gambar yang telah
disediakan bagi membentuk perkataan bersesuaian dengan gambar.
iv. Murid bebas membentuk perkataan berpandukan
gambar dalam tempoh masa yang ditetapkan.
|
|
LANGKAH 3
15 minit
|
LATIHAN
i.
Guru menyediakan
setiap murid dengan sekeping sampul surat dan sekeping lembaran kerja.
ii.
Setiap sampul
mengandungi 4 baris ayat yang membentuk pantun. Pantun dalam setiap sampul adalah berbeza.
iii.
Murid dikehendaki
menyusun baris-baris ayat tersebut mengikut rima ab/ab bagi menghasilkan serangkap pantun yang lengkap.
iv. Baris-baris ayat yang telah disusun hendaklah
disalin semula ke dalam lembaran kerja yang telah disediakan.
|
LATIHAN
i.
Guru mengedarkan
lembaran kerja yang mengandungi beberapa rangkap pantun.
ii.
Guru meminta murid
menyenaraikan perkataan-perkataan KV+KVK yang terdapat dalam pantun.
iii.
Kemudian, bina
rangkai kata menggunakan 5 daripada perkataan KV+KVK yang telah disenaraikan.
|
|
PENUTUP
5
minit
|
i.
Guru dan murid membaca semula pantun-pantun yang
telah dipelajari bersama-sama dengan sebutan dan intonasi yang betul.
|
|
Contoh Pantun Kanak-kanak
Burung
kenek-kenek
Hinggap
bawah batang
Apa
pesan nenek
Cepat-cepat
pulang
Durian
atas titi
Pisang
dalam dulang
Sukanya
rasa hati
Abang
sudah pulang
Burung
Kakak Tua
Sarang
celah batu
Badan
sudah tua
Gigi
hilang satu
Lompat
si katak lompat
Lompat
di air tenang
Pergi
sekolah cermat
Emak
bapa hati senang
No comments:
Post a Comment