JURNAL MINGGUAN
MASALAH :
Praktikum
Fasa III ini memerlukan saya untuk mengajar kelas perdana bagi mata pelajaran
Matematik. Saya dipertanggungjawabkan untuk mengajar kelas 3 Bestari. Sepanjang
mengajar kelas ini, saya dapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang
kurang memberi perhatian semasa pengajaran terutamanya murid-murid lelaki.
Melalui pemerhatian saya, murid-murid ini kelihatan lebih suka bersembang dan
bermain dengan rakan yang duduk di sebelah. Situasi ini mengganggu proses
pengajaran saya.
ANALISIS MASALAH :
Melalui
informasi yang disampaikan oleh guru kelas, murid-murid ini merupakan murid
yang tergolong dalam kumpulan murid LINUS. Maka, saya berpendapat bahawa
tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid ini mungkin berpunca daripada
ketidakfahaman murid terhadap pelajaran. Murid ini mungkin tidak faham
pengajaran yang saya sampaikan kerana kemahiran mereka masih berada pada topik
“Nombor Bulat dalam Lingkungan 1000” sedangkan saya mengajar topik “Tambah
dalam Lingkungan 10 000”. Ini mungkin merupakan salah satu punca mengapa murid
tidak memberi perhatian kerana mereka susah untuk memahami pengajaran yang
berlangsung. Kemungkinan juga murid-murid ini ingin mendapatkan perhatian
daripada saya.
CADANGAN PENYELESAIAN :
Bagi
mengelakkan masalah ini daripada terus berlaku, saya harus membina hubungan
yang baik dengan murid dan pada masa yang
sama bertanyakan tentang diri mereka. Ini juga dapat membantu saya
mengenal pasti sejauh mana pengetahuan murid dalam mata pelajaran matematik. Saya
berharap supaya semakin banyak yang diketahui tentang diri murid-murid ini,
makin mudah untuk memahami sikap dan keperluannya. Saya juga perlu membuat
penerokaan bagi mengetahui punca-punca mereka menunjukkan sikap sedemikian.
Selain itu, saya perlu selalu berinteraksi dengan mereka supaya mereka merasa
terdapat orang yang mengambil berat terhadap mereka. Mungkin dengan cara ini,
murid dapat mengurangkan tingkah laku yang kurang baik tersebut.
TEMPOH :
28
Januari 2013 – 1 Februari 2013 ( 5 hari )
TINDAKAN SUSULAN :
Guru
perlu sentiasa memantau kelakuan murid-murid berkenaan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Guru juga harus member perhatian kepada
murid-murid ini kerana mereka memerlukan bimbingan yang sepenuhnya daripada
guru untuk memahami perkaran yang diajar. Guru perlu menjelaskan kepada murid
secara lebih terperinci dengan cara bersemuka. Guru juga perlu membezakan
latihan yang diberikan. Murid-murid LINUS ini harus diberi latihan yang sesuai
dengan kemampuan mereka dan olah latihan
supaya lebih kreatif dan mampu menarik minat murid untuk selesaikan.
Catatan
:
Bagi
mengatasi masalah tingkah laku murid dalam kelas berlanjutan, guru boleh
mengaplikasikan teori humanisme dalam pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan. Menurut Carl Rogers, setiap individu mempunyai cara belajar yang
berbeza dengan individu lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses
pengajaran hendaklah dirancang mengikut kehendak emosi murid berkenaan. Guru
hendaklah bertindak sebagai fasilitator dalam kelas dimana guru perlu memberi
perhatian kepada setiap murid supaya kehendak murid dapat ditunaikan. Guru juga
perlu bijak menyediakan bahan-bahan belajar agar memberi manfaat kepada murid
disamping dapat menarik minat murid untuk mencuba.
Menurut
Rogers juga, murid-murid lebih mudah menerima pembelajaran apabila ancaman
luaran berada pada tahap minimum (Noriati Arashid & Boon Pong Ying, 2009). Di
sini bermakna guru bukan sahaja menyediakan keadaan bilik darjah yang tenang
dan selesa, tetapi juga menyediakan keadaan bilik darjah yang selamat kepada
murid-murid.
Bagi
membantu murid-murid yang mempunyai masalah tingkah laku ini, guru boleh
membantu murid berkenaan untuk mengenal potensi diri mereka dari aspek yang
positif. Ini adalah bertujuan untuk membantu murid membentuk peribadi yang
positif dan membawa perubahan kepada sikap murid. Berasaskan teori humanisme,
setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan.
Dengan cara membantu murid mengenal potensi diri, ini mungkin boleh
memotivasikan murid berkenaan untuk memperkembangkan kemampuan dirinya dan
melahirkan sifat berdaya saing.
RUJUKAN
:
No comments:
Post a Comment