JURNAL
MINGGUAN
MASALAH
:
Minggu ini masuk minggu ketiga praktikum fasa
ketiga berlangsung. Sepanjang mengajar mata pelajaran Matematik Kelas 3
Bestari, saya dapati masih ada murid yang suka mengganggu rakan dan membuat
bising dalam kelas. Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh murid-murid ini mengganggu
rakan-rakan lain yang sedang memberi tumpuan terhadap pelajaran. Bagi
mengelakkan murid ini mengganggu rakannya, saya telah mengasingkan murid ini
dengan memintanya duduk di meja guru dan saya telah memberikan beberapa soalan
mudah untuk dia selesaikan. Walau bagaimanapun, murid ini masih mengganggu
rakan-rakan lain dengan membuat pelbagai aksi lucu yang mampu menarik perhatian
rakan sekelasnya lalu tumpuan murid lain akan beralih padanya.
ANALISIS
MASALAH :
Sejak awal lagi saya telah dimaklumkan oleh
beberapa orang guru bahawa kelas ini merupakan kelas yang terkenal dengan sifat
muridnya yang nakal dan sukar mendengar kata. Selain itu, mereka juga dikatakan
suka meminta perhatian guru. Setelah beberapa kali mengajar kelas ini, barulah
saya faham situasi dalam kelas ini. Saya merasa cukup garang terhadap mereka
namun murid tetap menunjukkan tingkah laku yang tidak baik.
CADANGAN
PENYELESAIAN :
Bagi mengelakkan murid membuat bising dan
mengganggu dalam kelas, saya menjalankan sistem token ekonomi. Saya telah
membahagikan murid kepada 3 kumpulan besar iaitu 8 orang sekumpulan. Prestasi
setiap murid akan dinilai setiap kali pengajaran Matematik dilaksanakan.
Prestasi dinilai berdasarkan aspek kepatuhan, kerjasama, dan sahsiah murid.
Kumpulan yang menunjukkan tingkah laku yang baik akan diberi satu stiker
manakala satu sticker akan ditanggalkan bagi setiap tingkah laku negative yang
ditunjukkan. Pemberian stiker ini akan berlangsung sehingga tamat tempoh
praktikum. Kumpulan yang berjaya mengumpul paling banyak sticker akan diberi
ganjaran sesuai dengan jumlah sticker yang telah dikumpul. Berasaskan Teori
Pelaziman Operan Skinner, peneguhan positif adalah rangsangan untuk menambah
kebarangkalian pengulangan tingkah laku positif yang diingini. Maka, setiap
kumpulan akan berlumba-lumba mendapatkan sticker sebanyak mungkin dan murid
akan memastikan setiap sticker yang berjaya dikumpul tidak akan ditanggalkan.
Penilaian secara individu pula akan dinilai
melalui pemerhatian semasa melaksanakan aktiviti dalam kelas. Murid yang
menunjukkan tingkah laku yang baik dan selalu member kerjasama akan mendapat
ganjaran daripada guru. Murid yang mendapat ganjaran ini akan menjadi motivasi
kepada murid lain untuk menunjukkan tingkah laku yang sama. Menurut Mok Soon
Sang (2008), motivasi ini merupakan motivasi ekstrinsik. Ia diwujudkan daripada
rangsangan luaran bertujuan untuk menggerakkan orang lain untuk melakukan
sesuatu aktiviti yang membawa faedah kepadanya.
TEMPOH
PELAKSANAAN :
4 Februari 2013 – 19 April 2013
TINDAKAN
SUSULAN :
Guru menyediakan carta Token Ekonomi yang
mengandungi nama setiap kumpulan. Carta ini juga mengandungi aspek-aspek
penilaian yang digunakan oleh guru dalam menilai murid. Carta ini akan
dipaparkan di hadapan kelas dan ditampal pada papan notis. Guru akan membuat
penilaian semasa mata pelajaran Matematik berlangsung. Nama murid yang berjaya
mendapat ganjaran daripada guru juga akan dipaparkan pada carta ini bagi memotivasikan
murid-murid lain.
Catatan
:
Teknik pengubahsuaian tingkah laku menggunakan
sistem token iaitu merupakan satu modifikasi tingkahlaku yang dirancang untuk
meningkatkan tingkahlaku yang diinginkan serta mengurangkan tingkahlaku yang
tidak diinginkan dengan menggunakan token. Individu diberi token setelah
menunjukkan tingkahlaku yang diinginkan dan mengumpul token tersebut serta
menukarkannya dengan sesuatu objek atau penghargaan. Sistem ekonomi token ini
merupakan sistem ‘reinforcement’ untuk tingkahlaku yang dirancang.
Individu tersebut mesti diberi ganjaran untuk meningkatkan perilaku yang
dikehendaki.
Burrhus F.
Skinner telah membuat suatu teori berkaitan dengan prinsip-prinsip utama
pelaziman operan atau tindak balas terhadap sesuatu perlakuan. Dalam teori ini,
makhluk hidup mempunyai pilihan untuk berindak balas atau tidak, berasaskan
kepada ganjaran yang disediakan. Guru
memainkan peranan yang penting dalam memberi peneguhan terhadap murid
berdasarkan setiap perubahan yang dapat dikesan. Guru seharusnya bijak melihat keadaan
persekitaran sebelum membuat sesuatu tindakan.
RUJUKAN :